Khamis, 20 Ogos 2015

KAYAP SETOMPOK





Assalamualaikum, saya sendiri merasai derita sakit KAYAP Setompok baru2 ini dibahagian peha kanan. Pada mulanya saya beranggapan hanya sekadar ruam panas. Lama kelamaan kelihatan timbul kemerahan pada kulit, disusuli pula timbul bonjolan berair, apabila dipecahkan, semakin merebak ke bahagian lain. Bila pecah, terasa pedih dibahagian bawah kulit bagaikan ditusuk jarum yang sangat banyak. MasyaAllah kepedihan yg dialami hanya Allah sahaja yg tahu. Dengan rasa panas disekitar kawasan kayap berkenaan. dan apabila beristirehat dalam keadaan baring, akan rasa pula berdenyut dikawasan kayap tersebut, agak tidak selesa untuk tidur. Ada yg beritahu, kayap ini terasa sedemikian disebabkan berkaitan dengan SARAF.

Saya terus ke Klinik Kesihatan berhampiran, dan YA! doktor mengesahkan bahawa saya mengidap KAYAP SETOMPOK. Doktor hanya memberikan ubat makan (ANTIBIOTIK). Saya makan ubat tersebut, tetapi tidak kelihatan mahu berhenti merebak.

Saya sempat bertanya pada tukang urut, beliau memberitahu, ini ialah kayap tapak kaki gajah? :) orang dulu-dulu suka memberi nama sesuatu penyakit berdasarkan pada gejala merebak penyakit tertentu. Ada yg merebak disekitar pinggang dan apabila bercantum dikatakan boleh membawa maut, hal ini pernah terjadi dan KAYAP sedemikian diberi nama KAYAP ULAR. Tukang urut tersebut memberi petua, dengan menggunakan DAUN LIDAH BUAYA, dicampur dengan BERAS yang ditumbuk. Tapi saya hanya menggunakan DAUN LIDAH BUAYA sahaja.

Saya Ambil daun lidah buaya, koyakkan mengikut keperluan, dan garu pada jeli untuk mendapatkan ledir daun tersebut, kemudian sapu pada kayap, dan tunggu sehingga kering dan JANGAN BASUH. Jangan risau pada daun lidah buaya yang lebih tadi, sebab daun lidah buaya mempunyai penutup AUTOMATIK pada daun itu sendiri, dan daun dihujung itu akan tertutup dengan sendirinya bagi melindungi daun tersebut. MasyaAllah maha Ajaib ciptaan Allah ini.

Tahukah anda, ALOVERA/Daun Lidah buaya ini menjadi anti bakteria / anti virus semulajadi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Alhamdulillah setelah sapu pada kayap berkenaan, rasa lega kerana kurang rasa denyut dan pedih pada kayap berkenaan, dan keesokkan harinya mula kelihatan kering dan yang paling gembira, kayap sudah tidak merebak. Hampir seminggu juga saya dapatkan hasil kayap KERING sepenuhnya dan menunggu masa utk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah. ingat setiap apa yang Allah ciptakan pasti ada manfaatnya.

Dan setiap ujian itu juga tanda Allah sedang beri perhatian istimewa pd anda. Teringat ada sebuah cerita mengenai sahabat nabi yg mendapat kunjungan nabi ketika beliau sedang sakit, beliau berkata, seumur hidupnya tidak pernah ditimpa musibah (penyakit) , baru kali ini beliau diuji, maka rasulullah pun berkata "beruntunglah mereka yg sentiasa diuji tanda Allah sentiasa beri perhatian pdnya. Lebih kurang mcm tu la ceritanya, mohon maaf anda ada salah silap tlg dibetulkan.


Saya doakan anda/kenalan anda cepat sembuh. dan selamat MENCUBA.

Alhamdulillah ada feedback mengenai KAYAP juga.




Rabu, 19 Ogos 2015

APAM SUSU

APAM SUSU





Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa.
Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk
Selamat Mencuba 

khasiat daun lidah buaya.



Bertemu lagi para pengunjung sekelian. Kali ini saya dengan sukacita ingin membentangkan sedikit maklumat tentang kebaikan dan potensi pengubatan yang terdapat dalam Aloe Vera atau disebut pokok Lidah Buaya. Saya akui bahawa saya adalah pendokong pengubatan secara semulajadi, malah saya sendiri menanam dan memakan tumbuhan ini.

Halaman rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera. Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;
1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam darah
5. menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam darah
17. memelihara buah pinggang dari penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
22. KAYAP
23. CHICKEN POX
...dan banyak lagi!!!

Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam aloe vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Pembentukan Jeli Aloe Vera
Pokok aloe vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.

Penyakit KAYAP SETOMPOK dan CHICKEN POX ( CACAR AIR) juga boleh dirawat dengan menggunakan ALOVERA / DAUN LIDAH BUAYA. Ambil daun Alovera koyakkan dan garu jeli di dalam daun tersebut untuk mendapatkan lendir alovera, kemudian sapukan pada kayap/cacar air yang bertindak sebagai anti virus semulajadi. insyaAllah berhasil. selamat mencuba.


Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. glyconutrien & glycoprotein
9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomarin

credit to : http://thesecretmedicines.blogspot.com/2008/10/khasiat-lidah-buaya-herba-terbaik.html 

Final Project - Ginger bread House (JUNE 2011)




Tarikh : June 2011
Tugasan : Final Project
Tajuk : Ginger Bread House
Tempat : Pastry Kitchen, Food Institute of Malaysia, Kelana Jaya, Selangor.

Kebiasaannya Ginger Bread ini dibuat ketika musim perayaan hari Natal. Tujuan TASK ini diberikan adalah untuk memberi persediaan awal kepada para pelajar, sekiranya setelah tamat pengajian dan akan membuka kedai bakery sendiri kelak, sudah bersedia menerima tempahan yang berbentuk PELBAGAI.

Selasa, 18 Ogos 2015

SURAT BERSALIN ISTERI, dari SUAMI KEPADA PIHAK HOSPITAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai seorang SUAMI MUSLIM, tugas memelihara aurat ISTERI adalah TANGGUNGJAWAB SUAMI. Jika tidak berusaha dalam memelihara aurat isteri, SUAMI-LAH yang akan dipersoalkan di AKHIRAT kelak. Sebagai satu usaha memelihara AURAT ISTERI ketika di LABOUR ROOM supaya diikhtiarkan mendapat perhatian HANYA STAFF WANITA/MUSLIMAH sahaja yang terlibat semasa proses BERSALIN. Jika SUAMI sudah berusaha memberi SURAT HITAM PUTIH, dan pada ketika itu permohonan suami tidak dapat dipenuhi oleh pihak HOSPITAL atas FAKTOR (tidak cukup staff WANITA) atau mempunyai komplikasi yang memerlukan penglibatan DOKTOR/STAFF PAKAR LELAKI, Maka, suami sudah dikira berusaha seboleh mungkin.

dan ALHAMDULILLAH saya panjatkan kesyukuran kehadrat ILAHI kerana dipermudahkan urusan pada ketika itu, dan SURAT saya diterima oleh pihak LABOUR ROOM, isteri saya mendapat perhatian DOKTOR WANITA MUSLIMAH, bidan serta JURURAWAT wanita untuk menyambut kelahiran anak kami. Saya suka untuk berkongsi FORMAT SURAT RASMI yang saya titipkan kepada pihak HOSPITAL ketika itu. Sila manfaatkan untuk semua.

Saya juga terpanggil untuk memberi teguran, jika isteri ENCIK/TUAN sudah selamat bersalin, WAJIB juga memelihara AURAT isteri untuk dipakaikan TUDUNG semasa keluar dari LABOUR ROOM dan menuju ke WAD SEPELAS BERSALIN, saya banyak kali perhatikan WANITA ISLAM yang selamat bersalin di LABOUR ROOM tidak memakai TUDUNG KEPALA ketika selamat melahirkan ZURIAT mereka. Maaf andai terkasar bicara.

UNTUK PESANAN UMUM : SURAT TU NANTI LETAK, LIPAT BAHAGIAN YG BERTULIS DILUAR DAN LETAK DI LUAR BUKU PINK IBU UNTUK DPT PERHATIAN STAFF LABOUR ROOM.

Sekian. Terima Kasih.


Isnin, 13 Januari 2014

Hari Graduasi

13/Januari/2014 adalah tarikh bagi hari majlis graduasi ku di kolej Food Institute Of Malaysia. Disebabkan ada urusan lain yg tidak dapat dielakkan, sy terpaksa tidak hadir ke majlis graduasi berkenaan. Hajat dihati memang ingin mengenakan topi motar board. ahh! tidak mengapalah.. yg penting sy sudah pun bergelar graduasi. Itu yg penting.


Tahniah diucapkan kepada semua sahabat yang juga sudah pun bergelar graduasi dalam bidang Diploma In Pasrty and Bakery dan  Diploma in Culinary Art. :) Semoga ilmu yg diperolehi, dimanfaatkan dimasa akan datang. Jangan berhenti untuk belajar! kita tidak boleh berhenti untuk belajar walaupun sudah memegang segulung Diploma kerana ilmu Allah Maha Banyak dan tidak terhitung dengan ilmu yg kita ada seperti setitik air, jika dibandingkan ilmu Allah, lautan luasnya. 



Ingatlah pesan dari Chef Jamel :

"tak ingat! Lupa! Siap!" 

Dua tahun enam bulan saya menuntut ilmu di Food Institute Of Malaysia memberi impak besar dalam diri ini dengan dibekalkan ilmu masakan amnya serta ilmu Pastri dan Bakeri khasnya, menjadi titik permulaan untuk saya kecapi kerjaya saya dalam bidang Pastri dan Bakeri ini.

Doakan yang terbaik untuk saya ye..!

matlamat saya adalah ingin membuka sebuah kedai Roti dan Kek! Semoga cita2 saya yg ini tercapai pada suatu masa nanti. amin...


Jumaat, 1 Mac 2013

Last Final Exam


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah.. sebak pulak dah habis study. Masing2 akan tempuhi dunia masing2. Gambar di atas antara kenangan yg saya abadikan di dalam blog ini dik kerna perjuangan yg sangat mencabar di saat2 semester akhir yang sangat padat dengan pelbagai tugasan. Wow! Alhamdulillah saya mendapat ahli kumpulan yang sangat sporting memberi kerjasama dalam setiap tugasan. Gambar di atas adalah Final Exam Asian Kuih-Muih. Bagi saya, getaran yg dirasai ketika itu, adalah satu suntikan semangat untuk terus maju kehadapan, dengan pelbagai cabaran yang akan saya lalui di masa mendatang kelak. Saya kini bergelar Mantan pelajar Food Institute of Malaysia.

Sebak rasanya bila rutin harian bergelar seorang pelajar sudah berakhir. InsyaAllah, akan saya amati segala perincian ilmu yg diberikan oleh warga pendidik Food Institute of Malaysia. Akan saya garap suntikkan Ilmiah tersebut dalam hidupan saya nun jauh berliku lagi.

Siapa sangka, 2 tahun Setengah sebagai pelajar Food Institute of Malaysia bagaikan semalam baru melapor diri untuk sesi pendaftaran, kini sudah menemu penghujungnya. Macam2 dilalui bersama sahabat handai, dengan adunan bermacam ragam dan garam.

Setiap kita mempunyai hidupan masing2. Maka, teruskanlah perjuangan mu wahai sahabat2ku sekalian. Jauh di sudut sanubari ini merindui zaman kuliah mahupun tika di dapur sesi amali. Bak kata orang, jauh dimata, namun kalian dekat di hati ini.




Final Project for ( Cake Decoration Class ) : Wedding Cakes 

Semoga Kalian semua Berjaya di dunia dan di Akhirat.

sekian. :')